Program ISS sasar manfaat 100,000 rakyat Selangor

Amirudin ketika melawat pusat saringan kesihatan di program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor, di sini pada Sabtu.
Amirudin ketika melawat pusat saringan kesihatan di program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor, di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 100,000 penerima dan keluarga berdaftar di Selangor bakal menerima manfaat daripada Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang dilancarkan sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor, di sini pada Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu hantaran di Facebook berkata, program ISS merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini yang ditambah baik dan menawarkan pelbagai manfaat.

Menurut hantaran tersebut, program ISS memberikan bantuan rawatan asas sehingga RM500, perlindungan sehingga RM5,000 dan khairat kematian berjumlah RM1,000.

"Rakyat dijamin menerima rawatan asas untuk masalah kesihatan.

"Selain rawatan dan perubatan, kerajaan Selangor juga menawarkan vaksinasi bagi memastikan lebih ramai rakyat Selangor mendapat perlindungan sebaiknya," katanya dalam hantaran tersebut pada Sabtu.