Hans Isaac menang Ketua PKR Cabang Ampang

Tangkap layar keputusan Pemilihan PKR 2022 bagi Ketua PKR Cabang Ampang dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2022.
Tangkap layar keputusan Pemilihan PKR 2022 bagi Ketua PKR Cabang Ampang dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2022.
A
A
A

AMPANG - Pengarah dan pelakon, Datuk Gerald Hans Isaac, 51, berjaya memenangi jawatan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang dalam Pemilihan 2022.

Beliau yang juga dikenali sebagai Hans Isaac berjaya meraih undian sebanyak 748 undi selepas pemilihan semula dilakukan pada Rabu ekoran kes salah laku pengundian di cabang berkenaan pada hujung Mei lalu.

Menurut keputusan di laman sesawang Pemilihan PKR 2022, Hans turut menewaskan seorang selebriti terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43 atau dikenali sebagai Altimet dengan undian 746 undi.

Sementara itu, Hans ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat turut mengesahkan perkara tersebut dan katanya, keputusan berkenaan akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPP) dalam masa terdekat.

"Ini adalah satu pilihan ahli-ahli kami dalam parti di Cabang Ampang dan kemenangan untuk semua calon-calon, bukan hanya saya.

"Nama saya hanya dinaikkan untuk bersama rakan-rakan kami di Cabang Ampang dan ini satu pasukan, bukan berlawan antara satu sama lain.

"Ini merupakan demokrasi dalam parti untuk memilih siapa yang mereka inginkan di kawasan mereka dan satu-satunya parti yang memberi peluang kepada akar umbi untuk menilai," katanya pada Jumaat.