Nadal akui perlu tingkat prestasi

Nadal - Foto Getty Images
Nadal - Foto Getty Images
A
A
A

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui perlu meningkatkan prestasinya jika mahu melangkah lebih jauh pada Kejohanan Wimbledon kali ini.

Menurut pemain berusia 36 tahun itu, dia berdepan kesukaran menentang pemain Lithuania Ricardas Berankis di pusingan kedua, pada Jumaat hingga diheret untuk bermain dalam empat set sebelum menang 6-4, 6-4, 4-6, 6-3.

“Secara jujur, saya perlu tingkatkan prestasi saya. Pada perlawanan ini saya berdepan kesukaran terutamanya pada set ketiga. Mujurlah saya mampu bangkit pada set keempat dan menyaksikan kesemua servis ‘menjadi’ bagi mendapatkan mata demi mata.

“Nampaknya, masih banyak kerja yang perlu saya lakukan bagi memastikan prestasi terbaik pada Wimbledon kali ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Nadal yang juga pemenang 22 kali gelaran Grand Slam mudah memenangi dua set pertama, namun menerima tentangan sengit pada set ketiga.

Bagaimanapun Nadal dilihat menggunakan seluruh pengalaman dimilikinya bagi memenangi set keempat.

Sementara itu, Nadal mengakui Berankis beraksi dengan baik pada perlawanan berkenaan hingga hampir mencatatkan kemenangan ke atasnya.

Oleh itu katanya, dia perlu lebih berhati-hati selepas ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang jika ingin mahu melangkah lebih jauh di Wimbledon kali ini.

“Bagi saya kesemua perkara ini sebahagian daripada sukan tenis. Tidak ada yang perlu dirungutkan.

“Cuma, saya perlu terus kekal fokus dan berikan aksi terbaik selepas ini,” katanya.