44 individu ditahan terlibat sindiket judi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 44 individu ditahan dalam serbuan ke atas 13 premis perjudian dalam daerah Cheras di sini menerusi Op Dadu yang dijalankan bermula 17 Januari hingga 28 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, kesemua premis terbabit diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjalankan aktiviti perjudian haram.

"Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Sepanjang tempoh tersebut polis telah merampas sebanyak 168 unit komputer riba, lapan buah tablet, tiga buah telefon bimbit.

"Nilai rampasan membabitkan kesemua 13 serbuan dianggarkan berjumlah RM6,027," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti terbabit.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui talian hotline Polis Cheras di 03-92845050/ 5051, Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai berdekatan," ujarnya.