OKT ditahan selepas 18 jam lolos diri

OKT yang meloloskan diri dari kawalan polis berjaya ditahan di Selama pada Khamis.
OKT yang meloloskan diri dari kawalan polis berjaya ditahan di Selama pada Khamis.
A
A
A

TAIPING - Seorang lelaki yang meloloskan diri dari kawalan polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu berjaya ditahan di Redang Panjang, Selama.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.05 pagi itu, Orang Kena Tahan (OKT) dibawa dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Selama.

"OKT yang berhadapan dengan tuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan telah melarikan diri dari kawasan Ulu Sepetang, Batu Kurau.

"Tindakan pantas polis telah berjaya menahan suspek berusia 30 tahun itu kira-kira jam 2.45 pagi ketika bersembunyi di sebuah pondok kayu di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Osman
Osman

Menurutnya, OKT direman selama empat hari bagi melengkapkan siasatan.

"Ekoran daripada insiden itu, polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

"Semakan lanjut mendapati OKT mempunyai rekod lampau dalam kes samun berkawan di Taiping dan kes dikehendaki di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan di Ayer Keroh, Melaka," katanya.

Artikel Berkaitan: