Harga runcit semua produk petroleum dikekalkan

Harga runcit bagi semua produk petroleum dikekalkan bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai.
Harga runcit bagi semua produk petroleum dikekalkan bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi semua produk petroleum dikekalkan bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya memaklumkan, harga runcit RON97 adalah RM4.84 seliter, RON95 RM2.05 manakala diesel RM2.15 setiap liter.

Langkah mengekalkan harga runcit tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya pada Rabu.