19 maut bangunan runtuh di Mumbai

Sebuah bangunan tiga tingkat runtuh menyebabkan 19 orang terbunuh di Mumbai, pada Selasa. - Foto AFP
Sebuah bangunan tiga tingkat runtuh menyebabkan 19 orang terbunuh di Mumbai, pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

MUMBAI - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila hujan monsun menyebabkan sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Struktur itu yang terletak di sebelah kawasan setinggan di daerah pusat bandar runtuh sebelum tengah malam Isnin, menurut pegawai tempatan.

Seramai 14 orang telah diselamatkan pada petang Selasa tetapi pekerja kecemasan menemui 19 mayat di celah-celah runtuhan.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan,” kata jurucakap Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan kepada AFP.

Sementara itu, sekurang-kurangnya enam daripada mereka yang terbunuh berusia antara 18 dan 21 tahun, kata pihak berkuasa bandar.

Hujan lebat menghalang operasi penyelamat mengalihkan papak konkrit, lumpur dan runtuhan ketika mencari mangsa yang terselamat.

Dalam pada itu, seorang wanita, dipercayai adik kepada salah seorang mangsa, dilihat menangis ketika mayat dibawa masuk ke dalam ambulans. - AFP