Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas isteri SM Faisal dipenjara tujuh hari

A
A
A

Emilia Hanafi, bekas isteri SM Faisal hadir menyerah diri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhi hukuman tujuh hari ke atas Emilia kerana menghina mahkamah ekoran mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Jun, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah di sini yang menjatuhi hukuman penjara berkenaan.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa