Syor harga siling baharu RM10.50

Baca laporan penuh mengenai cadangan harga siling baharu ayam di Sinar Premium.
Baca laporan penuh mengenai cadangan harga siling baharu ayam di Sinar Premium.
A
A
A

SHAH ALAM - Penternak mencadangkan agar harga siling baharu ayam yang ditetapkan ialah antara RM10 hingga RM10.50 sekilogram selepas kerajaan menarik semula keputusan pengapungan harga ayam dan akan menetapkan harga siling baharu.

Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor, Idrus Zainal Abidin berkata, kadar RM10.50 adalah harga siling maksimum yang adil bagi pengusaha ayam.

“RM10.50 adalah harga ‘nyaman’ bagi persatuan. Ini diambil kira bersama faktor kenaikan harga pendedak.

“Saya rasa penternak lain juga tidak minta harga siling sehingga RM11 ke RM12. Tapi kami ambil kira pelbagai faktor dan tidak keterlaluan menetapkan harga yang melampau untuk ayam,” katanya kepada Sinar Premium di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan tidak akan membuat pusingan U berhubung pengumuman tidak akan mengapungkan harga ayam di pasaran.

Baca laporan penuh mengenai cadangan harga siling baharu ayam di Sinar Premium.