18 terkorban dalam rempuhan di sempadan Enklaf Sepanyol

Polis mengawal keadaan. - Foto AP
Polis mengawal keadaan. - Foto AP
A
A
A

RABAT (MAGHRIBI) - Angka kematian meningkat kepada 18 orang dalam satu kejadian rempuhan apabila lebih 2,000 pendatang sub-Sahara cuba menceroboh sempadan antara Maghribi dan Melilla, sebuah bandar enklaf Sepanyol di Afrika, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Maghribi MAP.

Menurut laporan awal lima pendatang maut dan 76 yang lain cedera manakala 140 pegawai keselamatan Maghribi turut cedera, termasuk lima dalam keadaan kritikal.

Pasukan keselamatan Maghribi "campur tangan" apabila pendatang cuba memanjat atau memotong pagar yang memisahkan bandar Sepanyol dari wilayah Maghribi, kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa Sepanyol di enklaf itu berkata kebanyakan pendatang telah dipaksa pulang kecuali 130 daripada mereka berjaya sampai ke enklaf itu. - Bernama