Sila log masuk terlebih dahulu.

[LIVE] Bangkit lawan kanser

27 Jun 2022 | MUM
A
A
A
[LIVE] Bangkit lawan kanser

Tarikh 5 Mac 2012 menjadi tarikh yang akan sentiasa dikenang Zuraini Kamal, ibu kepada tiga cahaya mata yang juga merupakan pengerusi dan pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM) apabila beliau didiagnos menghidap barah rahim (endometrial cancer).

Berbekalkan kecekalan dan sikap tidak putus asa, beliau kini bebas kanser dan kembali menjalani kehidupan normal. Beliau juga aktif menulis dan berkongsi pengalaman, panduan serta nasihat sebagai seorang ‘cancer survivor’.

Ikuti perkongsian wanita cekal yang menjadi inspirasi kepada golongan yang senasib dengannya menerusi program MUM yang membincangkan 'Bangkit lawan kanser' pada Isnin, 27 Jun 2022, jam 3 petang di platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian

#MakUntukMalaysia

#MakKataJangan

#RasuahBusters

#NilaiMoralKarakterBangsa

#MalaysiaTanpaRasuah