X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Aura Brendan taruhan Selangor berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim

Brendan Gan. - Foto Selangor FC
A
A

KHIDMAT Brendan Gan mungkin sekali lagi ditagih Selangor FC selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Sarawak United minggu lalu, apabila bertandang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin berkata, pengalaman dimiliki Brendan sama ada dalam atau luar padang ketika berhadapan JDT kendalian Benjamin Mora sudah pasti akan membantu Gergasi Merah untuk mencuri mata dari laman lawan.

“Sudah tentu khidmat Brendan sangat diperlukan terutama ketika menentang pasukan hebat seperti JDT. Pengalaman dimiliki selain sifat kepimpinannya akan bantu pasukan mencuri mata apabila bertandang ke laman lawan.

“Setakat ini, saya rasa kita tidak akan ada masalah menurunkan Brendan kerana dia masih cergas. Bagaimanapun keputusan akhir bergantung kepada ketua jurulatih kerana dia lebih arif berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Khamis.

Sebelum ini Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum menurunkan Brendan pada perlawanan selepas ini.

Jelas pengendali kelahiran Jerman itu, pihaknya perlu melihat sejauh mana kemampuan pemain berusia 34 tahun selepas berehat panjang berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Ditanya berkenaan persiapan Gergasi Merah pada ketika ini, Mahfizul berkata, semuanya berjalan dengan lancar baik sambil memberitahu para pemain Selangor cergas untuk diturunkan berdepan Harimau Selatan.

Malah beliau berharap, kemenangan besar dilakar ke atas Sarawak United sebelum ini menjadi motivasi kepada para pemain untuk melakar keputusan lebih positif di Stadium Sultan Ibrahim.

“Saya berharap momentum kemenangan yang diraih ketika menentang Sarawak United itu dapat diteruskan dalam perlawanan menentang JDT.

“Meskipun ia bukanlah satu tugas, saya berharap para pemain mampu tampilkan aksi terbaik untuk sekurang-kurangnya membawa pulang mata dari aksi tersebut,” ujarnya.


LIGA SUPER


JUMAAT (24 JUN)

JDT lwn Selangor

(Std Sultan Ibrahim, 8.15 mlm)

SABTU (25 JUN)

Negeri Sembilan lwn Sri Pahang

(Std Tuanku Abdul Rahman, 8.15 mlm)

Melaka Utd lwn Sarawak Utd

(Std Hang Jebat, 9 mlm)



Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!