Nahas pesawat di Venezuela, enam terkorban

Enam maut selepas sebuah pesawat Learjet 55C terhempas di selatan Venezuela, Caracas. - Foto123RF
Enam maut selepas sebuah pesawat Learjet 55C terhempas di selatan Venezuela, Caracas. - Foto123RF
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Enam maut selepas sebuah pesawat Learjet 55C terhempas di selatan Venezuela, Caracas, lapor Sputnik.

Pesawat itu dilaporkan terhempas berhampiran Valles del Tuy, bandar raya Cristobal Rojas, ketika dalam perjalanan dari bandar Puerto Cabello ke lapangan terbang Caracas.

Menurut perkhidmatan pengesanan Flightradar, penerbangan itu mengambil masa 29 minit.

Dua anak kapal dan empat penumpang termasuk Presiden Kelab Bola Sepak Estudiantes de Mérida, Christian Toni disahkan terkorban. - Bernama