'Takziah untukmu Adibah Noor'

Yasin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi sebutan semula kes mengedar dadah berbahaya jenis ganja.
Yasin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi sebutan semula kes mengedar dadah berbahaya jenis ganja.
A
A
A

PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Adibah Noor di atas pemergian pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila dikenali Yasin itu berkata demikian ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi sebutan semula kes mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Dia turut mengucapkan takziah kepada rakan baiknya, Mujahid Abdul Wahab.

"Salam takziah kepada kawan baik saya, Mujahid Abdul Wahab dan Adibah Noor, Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya.

Hadir sama di prosiding itu ialah ahli keluarganya termasuk Zain Sulaiman, 50, dan anak perempuan Yasin yang berusia 14 tahun.

Yasin, 47, berdepan pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini.

Penyanyi itu dikatakan pernah bekerjasama bersama Allahyarham Mujahid untuk satu projek pada tahun lalu.

Allahyarhamah Adibah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.