Lukaku hampir kembali ke pangkuan Inter

Romelu Lukaku
Romelu Lukaku
A
A
A

PENYERANG Chelsea, Romelu Lukaku akan menyertai semula kelab lamanya Inter Milan secara pinjaman, selepas hanya semusim berada di Stamford Bridge.

Menurut satu laporan media, Inter dilaporkan sedia membayar yuran pinjaman sebanyak AS$8.4 juta (RM36.94 juta) untuk menandatangani bekas pemain mereka itu dan juga difahamkan Lukaku sedia untuk berdepan potongan gaji.

Penyerang Belgium itu sebelum ini menyertai Chelsea dengan rekod perpindahan kelab iaitu £97.5 juta (RM525.87 juta) pada musim panas lalu lalu.

Untuk rekod, Lukaku menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak Chelsea dengan 15 gol dalam semua perlawanan namun hanya bermain lapan kali dalam kempen EPL.

Pada Disember lalu, dalam satu temu bual kontroversi bersama televisyen Itali, Lukaku mengakui kurang gembira dengan cara dia digunakan oleh pengurus Chelsea, Thomas Tuchel sambil memberi bayangan akan meninggalkan Chelsea.

Susulan temu bual tersebut, Lukaku, digugurkan oleh Tuchel buat sementara waktu pada Januari sambil memohon maaf atas tindakannya itu.