Nketiah dapat penghormatan guna nombor 14

Nketiah (kanan) diberikan penghormatan menggunakan nombor 14 pada jersinya bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), setelah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners. - Foto Skysports
Nketiah (kanan) diberikan penghormatan menggunakan nombor 14 pada jersinya bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), setelah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners. - Foto Skysports
A
A
A

PENYERANG muda Arsenal, Eddie Nketiah diberikan penghormatan menggunakan nombor 14 pada jersinya bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), setelah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners.

Penghormatan menggunakan nombor ikonik diberikan kepada penyerang berusia 23 tahun itu setelah dia bersetuju untuk menandatangani kontrak untuk jangka masa panjang dengan The Gunners baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata, penghormatan berkenaan diberikan kepada Nketiah berdasarkan kepada prestasi yang dipamerkannya ketika beraksi musim lalu.

Arteta berkata, pihaknya membuat keputusan agar penyerang berusia 23 tahun itu menggunakan nombor 14 pada jersinya bagi mengharungi saingan EPL muism panas ini.

“Kami gembira dengan keputusannya untuk terus beraksi di Emirates kerana secara tidak langsung, dia juga sebenarnya turut mewakili kesemua nilai-nilai yang ada pada kelab ini.

“Atas alasan itu jugalah maka kami memberikan penghormatan kepadanya untuk menggunakan nombor 14 yang sebelum ini pernah digunakan oleh pemain-pemain hebat Arsenal.

“Oleh itu, kami perlu memulakan ‘tugas’ dengan segera dengan menyambung semula proses ‘pembangunan’ pemain berbakat besar seperti Nketiah,” katanya.

Untuk rekod nombor 14 merupakan nombor ikonik yang digunakan oleh bekas bintang Arsenal, Thierry Henry selain Theo Walcott dan Pierre-Emerick Aubame sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Nketiah berkata, dia akan cuba memberikan aksi terbaik bersama Arsenal setelah pemergian beberapa pemain utama seperti Aubameyang dan Alexandre Lacazette.

Malah, Nketiah turut berharap dapat mengikut jejak langkah Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe yang beraksi untuk skuad kebangsaan England suatu hari nanti.

“Saya pernah beraksi dengan skuad bawah 21 tahun England dan menjaringkan 16 gol daripada 17 penampilan sebelum ini.

“Oleh itu, mungkin suatu hari nanti, saya berpeluang untuk beraksi dengan skuad senior pula,” katanya.