Dua video tular Bella dimainkan di mahkamah

Siti Bainun hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi prosiding kes menganiaya seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikenali Bella pada Jumaat.
Siti Bainun hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi prosiding kes menganiaya seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikenali Bella pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dua rakaman video yang tular mendakwa remaja perempuan berusia 13 tahun dikenali Bella ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh rakan Pengasas Rumah Bonda, dimainkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Rakaman tersebut disiarkan ketika saksi ke-10, Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal, Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Mior Samsul Abd Rahman memberi keterangan dalam prosiding kes menganiaya Bella, membabitkan Siti Bainun Ahd Razali.

Selepas video itu dipaparkan, mahkamah menangguhkan prosiding selama lima minit bagi memberi ruang kepada Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas yang sebak selepas melihat video tersebut.

Ketika membaca pernyataan saksi, Mior Samsul berkata, beliau telah menerima permohonan analisis berkaitan kes tersebut dan mendapat barang kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama Iphone bersama satu kad sim Maxis pada 22 Julai 2021.