Berpantang maut sebelum ajal

Seorang pemandu terselamat walaupun kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok. - Foto bomba
Seorang pemandu terselamat walaupun kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok. - Foto bomba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu terselamat walaupun kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok yang tumbang berikutan hujan lebat dan angin kencang di Taman Pertahanan, Taman Melati di sini pada Khamis.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 malam.

"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 8.53 malam dan mendapati kejadian berlaku sebatang pokok tumbang di tengah jalan menghempap sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk membuka kembali jalan yang terhalang oleh pokok tersebut. - Foto Bomba
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk membuka kembali jalan yang terhalang oleh pokok tersebut. - Foto Bomba

"Seorang lelaki dewasa yang berada di dalam kereta tersebut telah keluar dengan sendirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, anggota di lokasi menjalankan kerja-kerja memotong pokok tersebut untuk membuka laluan yang terhalang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.28 malam.