[VIDEO] Keluarga mahu polis siasat semula kematian pengasas Dnars

Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.
Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Ahli keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare tampil membuat laporan polis pada Khamis bagi menuntut siasatan lebih lanjut dilakukan berhubung kematian Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.

Ahli keluarga Allahyarhamah Faziani berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Tumpat pada jam 1 petang selepas mengesyaki ada unsur lain berkait dengan kematian Allahyarham.

“Selepas kematian Allahyarhamah sejak tiga tahun lalu, kami telah melantik peguam untuk mendapatkan maklumat.

"Hasil dapatan daripada pihak peguam, kami mendapati kematian Allahyarham diragui. Kami mengesyaki kematian Allahyarhamah bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain," katanya kepada pemberita.

Laporan Sinar Harian pada 18 Mei 2019 mengenai kemalangan yang mengorbankan Faziani di Pattani, Thailand.
Laporan Sinar Harian pada 18 Mei 2019 mengenai kemalangan yang mengorbankan Faziani di Pattani, Thailand.

Menurutnya, sejurus laporan dibuat pihaknya telah memberi keterangan kepada polis pada Khamis.

Beliau berkata, ahli keluarga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarhamah.

Beliau berkata, kes tersebut akan dirujuk ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan terlebih dahulu.

"Hal ini kerana kes berkenaan berlaku di Thailand," katanya.

Sinar Harian pada 18 Mei 2019 melaporkan, Faziani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.