Mahkamah Israel dapati Halabi bersalah bantu Hamas

Mohammed al-Halabi - Foto World Vision
Mohammed al-Halabi - Foto World Vision
A
A
A

BEERSHEBA - Mahkamah Israel pada Rabu mendapati bekas ketua sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Gaza, Mohammed al-Halabi bersalah kerana membantu membiayai Hamas.

Halabi yang mengetuai operasi Gaza untuk pertubuhan NGO, World Vision telah ditahan selama enam tahun oleh Israel.

Dia ditangkap pada 15 Jun 2016 dan didakwa pada Ogos tahun yang sama.

Israel enggan membebaskannya dengan jaminan.

Halabi dan NGO itu menafikan sekeras-kerasnya pendakwaan Israel tersebut.

Namun, mahkamah daerah Israel di Beersheba mensabitkan beliau kerana menganggotai kumpulan Hamas dan membiayai aktiviti pengganas dengan menghantar maklumat kepada mereka serta memiliki senjata, menurut ringkasan keputusan yang dilihat oleh AFP.

Kebanyakan bukti terhadap Halabi dirahsiakan dengan Israel menyebut tentang kebimbangan keselamatan yang mendorong pasukan undang-undangnya mempersoalkan kesahihan keputusan itu.

Peguam Halabi, Maher Hanna menyatakan penghakiman itu benar-benar politik dan memaklumkan anak guamnya itu akan membuat rayuan.

Hukuman ke atas Halabi dijangka diputuskan dalam tempoh beberapa minggu akan datang. - Agensi