Lelaki dikhuatiri lemas jatuh dari jambatan

Operasi SAR digerakkan untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Kuantan dari jambatan Jalan Tanah Putih, pada tengah malam Selasa.
Operasi SAR digerakkan untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Kuantan dari jambatan Jalan Tanah Putih, pada tengah malam Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Kuantan dari jambatan di Jalan Tanah Putih di sini, pada tengah malam Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berusia 37 tahun itu digerakkan.

Menurutnya, operasi SAR melibatkan kekuatan 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

"Operasi pencarian menggunakan sebuah bot dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan," katanya.