Lelaki mati dipercayai terkena letupan periuk api di laut

Beberapa orang berlari ketika letupan periuk api semasa seorang lelaki sedang berenang di laut di wilayah Odessa, Ukraine baru-baru ini. - Foto gunp.odessa
Beberapa orang berlari ketika letupan periuk api semasa seorang lelaki sedang berenang di laut di wilayah Odessa, Ukraine baru-baru ini. - Foto gunp.odessa
A
A
A

KIEV - Seorang lelaki maut dipercayai terkena letupan periuk api ketika berenang di sebuah pantai di wilayah Odessa, Ukraine baru-baru ini.

Insiden itu menimbulkan persoalan kemungkinan dia telah melanggar periuk api yang ditempatkan di pantai-pantai Ukraine.

Rakaman yang dirakam di wilayah Odessa, negara yang dilanda perang dengan Rusia itu menunjukkan orang ramai berlari ke arah pantai sejurus sebelum letupan air.

Mayat lelaki itu kemudian dihanyutkan yang mana sebelum itu isteri, anak lelaki dan rakannya juga duduk di tepi pantai beberapa saat sebelum dia meninggal dunia kerana letupan tersebut.

Disebabkan perang berterusan dengan Rusia, pegawai tempatan telah melarang orang ramai berenang di kawasan yang mempunyai periuk api.

Ukraine telah menuduh Rusia meletakkan periuk api di Laut Hitam dengan sengaja manakala Moscow pula mendakwa sebaliknya. - Agensi