X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Remaja 17 tahun mengaku rogol pelajar Tingkatan 1

Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun bulan lalu.
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun bulan lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah di Tanjung Piandang di sini, kira-kira jam 1.10 petang pada 7 Mei lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan remaja itu diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini bagi sebutan semula kes sementara mendapatkan laporan perubatan.

Difahamkan remaja lelaki itu ditahan polis pada Khamis lalu selepas menerima laporan dibuat wanita berusia 56 tahun yang mendakwa cucunya telah dirogol pada 25 Mei lalu.

Mangsa mendakwa turut diraba oleh bapa suspek berusia 48 tahun yang merupakan jiran baharu di kawasan itu.

Bapa suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang