Tun Arshad Ayub meninggal dunia

Tun Arshad Ayub
Tun Arshad Ayub
A
A
A

SHAH ALAM - Tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub, 93, disahkan meninggal dunia pada jam 2.06 pagi tadi.

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan oleh keluarganya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham ketika ini masih berada di hospital.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu akibat masalah kesihatan.

Tun Dr Arshad sebelum ini merupakan bekas Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1966 dan beliau dikenali sebagai insan yang bertanggungjawab dalam pembangunan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu.