Tukang masak ditemui meninggal dunia

Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda melakukan sanitasi di lokasi kejadian. - Foto PDRM
Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda melakukan sanitasi di lokasi kejadian. - Foto PDRM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia semasa ingin menongkat motosikal di tepi jalan dekat Taman Cengal Emas dekat sini kira-kira 12 tengah hari, pada Ahad.

Mangsa, Tan Kean Ong, 55, dilihat rebah, di mana kejadian tersebut disaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Anan di hadapan rumahnya menyebabkan bertindak mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, bagaimanapun, pasukan perubatan yang tiba ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Menurutnya, saksi ternampak mangsa berhenti dan semasa ingin menongkat motosikal, dia telah terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Maklumat dari ahli keluarga memaklumkan, lelaki terbabit bekerja sebagai tukang masak dan tinggal seorang diri setelah berpisah dengan bekas isteri serta sentiasa berpindah rumah sewa.

"Kali terakhir mereka bertemu ialah pada sambutan Tahun Baharu Cina 2022," katanya.

Menurut Zaidy, proses sanitasi dilakukan pihak kesihatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim bagi tujuan ujian swab Covid-19 serta bedah siasat.

Artikel Berkaitan: