1,200 pelajar asnaf Perak terima Simpan SSPN Prime

Puteri Holijah (dua kiri) menyampaikan replika kad sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada pelajar asnaf yang hadir pada Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Perak.
Puteri Holijah (dua kiri) menyampaikan replika kad sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada pelajar asnaf yang hadir pada Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Perak.
A
A
A

IPOH - Seramai 1,200 pelajar asnaf di Perak menerima sumbangan akaun Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime bernilai RM100 sebagai dorongan untuk memulakan penabungan bagi tujuan pendidikan.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) itu membantu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.

"Program Didik Simpan SSPN melibatkan 24 kawasan Parlimen dengan peruntukkan sebanyak RM5,000 bagi setiap kawasan. Seramai 50 pelajar asnaf di kawasan ini akan menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100.

"Inilah bukti usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sentiasa membantu masyarakat memartabatkan pendidikan," katanya sempena Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Perak di Dewan Ghazain, Persiaran Meru Point di sini pada Sabtu.

Sebahagian wakil dari 24 kawasan Parlimen menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.
Sebahagian wakil dari 24 kawasan Parlimen menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Puteri Holijah Muhamad Rali.

Hadir sama, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid JPN Perak, Izlin Hani Mohd Mokhtar dan Pengurus Besar PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed.

Artikel Berkaitan:

Program Didik Simpan SSPN 2022 dilaksanakan sejak April lalu melibatkan lima negeri iaitu Sabah, Sarawak, Perak, Selangor dan Johor dengan peruntukan sumbangan wakalah zakat PTPTN berjumlah RM640,000.

Sebahagian pelajar asnaf daripada kawasan Parlimen Ipoh menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.
Sebahagian pelajar asnaf daripada kawasan Parlimen Ipoh menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.

Zainol Fadzi berkata, Simpanan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan antaranya pendeposit boleh menikmati pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful percuma dan pemberian geran sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak.

"Produk ini juga patuh syariah dan dijamin kerajaan. Peluang menyimpan dalam akaun ini wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh ibu bapa dalam merancang kewangan untuk pendidikan anak-anak.

"Simpanlah dari kecil supaya kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman untuk pembelajaran mereka di menara gading nanti. Jadikan sumbangan ini sebagai permulaan untuk kita menabung," katanya.

Beliau turut berharap program itu mendapat sambutan agar objektifnya memastikan kesejahteraan masyarakat dan pendidikan anak-anak terjamin akan berjaya dicapai.