Atlet Muay Thai sasar ke pentas akhir kejohanan dunia

Ahmad Nor Iman Aliff bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara akhir Muay Thai 54kg sekali gus menyumbang pingat emas ke-39 negara pada Sukan SEA ke-31 di Bacninh Gymnasium, Hanoi pada Mei lalu. - Foto fail Bernama

A
A
A

[DIKEMAS KINI] Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, 18, mahu layak ke pentas akhir di kejohanan dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat bulan depan.

Ahmad Nor Iman Aliff berkata, dia sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk berdepan dengan jaguh-jaguh terbaik dunia yang dihimpunkan pada kejohanan itu nanti.

Anak jati Rantau Panjang itu yang bertekad memberikan persembahan terbaik dalam saingan itu nanti turut mengkaji corak dan teknik yang digunakan oleh petarung dari Eropah.

Ahmad Nor Iman Aliff (kiri) dan Ahmad Nor Iman Hakim (kanan) bersama ibu bapa dan adik-adik mereka yang banyak memberi dorongan dan semangat.
Ahmad Nor Iman Aliff (kiri) dan Ahmad Nor Iman Hakim (kanan) bersama ibu bapa dan adik-adik mereka yang banyak memberi dorongan dan semangat.

"Ia bukan satu tugas mudah, namun apa yang penting saya perlu kekal fokus dalam latihan dan memberikan aksi terbaik setiap kali turun ke gelanggang.

"Saya akan berusaha memberikan yang terbaik bagi mengharumkan nama negara," katanya ketika ditemui semasa diraikan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bakti di sini pada Sabtu.

Majlis tersebut dianjurkan sempena kejayaan anak kelahiran Rantau Panjang itu meraih pingat emas Muay Thai bagi acara elit bawah 54 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31 di Vietnam Mei lalu.

Turut diraikan pada majlis tersebut ialah abangnya, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib, 22, yang meraih pingat gangsa dalam acara Taekwondo bawah kategori 58kg di Sukan SEA ke-31 di Vietnam Mei lalu.

KRT Taman Bakti meraikan Ahmad Nor Iman Aliff dan abangnya, Ahmad Nor Iman Hakim sempena kejayaan mereka semasa Sukan SEA ke-31 di Vietnam Mei lalu.
KRT Taman Bakti meraikan Ahmad Nor Iman Aliff dan abangnya, Ahmad Nor Iman Hakim sempena kejayaan mereka semasa Sukan SEA ke-31 di Vietnam Mei lalu.