Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt

Bahagian kanan muka penyanyi Justin Bieber lumpuh akibat sindrom Ramsay Hunt. - Foto Justin Bieber/Instagram
Bahagian kanan muka penyanyi Justin Bieber lumpuh akibat sindrom Ramsay Hunt. - Foto Justin Bieber/Instagram
A
A
A

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber pada Jumaat mendedahkan beliau mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

Disebabkan itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Bintang pop berusia 28 tahun itu dan pernah mempopularkan lagu 'Baby' itu berkata demikian melalui akaun Instagramnya pada Jumaat dengan berkongsi video tentang keadaan kesihatannya selama tiga minit.

Menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.

Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.

"Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat wajah saya.

"Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh," katanya menerusi akaun Instagram. - Agensi