Lelaki maut kereta langgar pokok

Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iriz yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilomter 105.2 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai pada Jumaat. Gambar kecil: Aznan
Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iriz yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilomter 105.2 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai pada Jumaat. Gambar kecil: Aznan
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iriz yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 105.2 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.40 malam, Aznan Mohd Yusoff, 58, yang beralamat di Kampung Padang Kelewek, Tanah Merah maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Gua Musang menghala ke Machang.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang arah dan kemudian terbabas ke laluan bertentangan.

"Akibatnya, kereta tersebut telah melanggar pokok di tepi jalan sebelah kanan menghala ke arah Gua Musang.

"Kereta tersebut kemudian telah terjatuh ke dalam longkang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: