Anggota polis maut kemalangan

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa keluar oleh orang awam di lokasi kejadian.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa keluar oleh orang awam di lokasi kejadian.
A
A
A

KAJANG - Seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai maut membabitkan dua buah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4, arah selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa, Koperal Mohamad Nor Azam Osman maut dalam kemalangan sekitar jam 7 pagi tersebut.

"Pada jam 7.40 pagi, pusat gerakan Nilai menerima panggilan memaklumkan ada kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve selepas Tol Kajang.

"Mangsa merupakan anggota IPD Nilai yang bertugas di cawangan narkotik," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba Semenyih dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 pagi.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve dan lori yang membawa muatan ais di mana kedua-duanya didapati telah terbalik di laluan berkenaan.

"Pemandu kereta maut di tempat kejadian telah dibawa keluar oleh orang awam dan kereta tersebut terbakar 30 peratus di bahagian enjin.

"Anggota penyelamat membantu pihak polis mengangkat mangsa seterusnya membuat kerja-kerja pembersihan jalan," ujarnya.