Modric kekal bersama Real Madrid

Modric (kanan) bergambar bersama Presiden Real, Fiorentino Perez sambil menunjukkan jersi sebagai simbolik bahawa dia akan kekal di kelan tersebut musim depan. Foto Real Madrid FC
Modric (kanan) bergambar bersama Presiden Real, Fiorentino Perez sambil menunjukkan jersi sebagai simbolik bahawa dia akan kekal di kelan tersebut musim depan. Foto Real Madrid FC
A
A
A

TONGGAK tengah Croatia, Luka Modric menandatangani kontrak baharu bersama Real Madrid sekali gus menyaksikan pemain itu kekal di Santiago Bernabeu sekurang-kurangnya sehingga hujung musim depan.

Perkembangan itu diumumkan sendiri Madrid dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab berkenaan apabila mereka mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak Modric sehingga musim panas tahun hadapan.

“Real Madrid dan Luka Modric mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak sehingga 30 Jun 2023,” kata kelab itu.

Pemain yang akan mencecah usia 37 tahun, September depan sebelum ini memainkan peranan penting buat skuad bimbingan Carlo Ancelotti musim lalu selepas berjaya merangkul gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

Untuk rekod, sejak menyertai Real dari Tottenham pada 2012, Modric telah melakukan 436 penampilan bersama gergasi Sepanyol itu dalam semua kejohanan yang disertai pasukan itu.

Dalam tempoh tersebut juga, Modric berrjaya meraih lima gelaran Liga Juara-Juara dan tiga trofi La Liga.