Rekod kebal Wales di laman sendiri lebur

Weghorst menanduk masuk gol kemenangan Belanda ketika perlawanan menentang Wales di Stadium Cardiff awal pagi Khanis.
Weghorst menanduk masuk gol kemenangan Belanda ketika perlawanan menentang Wales di Stadium Cardiff awal pagi Khanis.
A
A
A

REKOD kebal 19 perlawanan tanpa kalah Wales di laman sendiri akhirnya lebur selepas tewas 2-1 kepada Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), awal pagi Khamis.

Pada aksi tersebut, Belanda terlebih dahulu memimpin perlawanan menerusi Teun Koopmeiners pada minit ke-50 sebelum Rhys Llewelyn Norrington pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Ketika perlawanan seakan seri 1-1, Belanda berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Wout Weghorst yang berjaya menanduk masuk hantaran lintang Tyrell Malacia.

“Kami memiliki kumpulan pemain yang luar biasa dalam pasukan ini. Bagaimanapun, bukan kali ini dan juga tidak akan menjadi yang terakhir (kami memastikan kemenangan di minit akhir),” kata pengendali Belanda, Louis Van Gaal.

Dalam pada itu, kapten Wales, Gareth Bale mengakui ia bukan perlawanan yang mudah terutamanya ketika menentang pasukan hebat seperti Belanda.

Menurut Bale, dia berharap kekalahan akan menjadi pengajaran berguna buat pasukannya pada masa akan datang.

“Ia perlawanan yang sukar memandangkan kami tidak mempunyai skuad terkuat pada aksi ini. Mereka (Belanda) adalah pasukan berkelas dunia.

“Pemain yang dimasukkan bekerja keras untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi dibolosi lagi. Ia sesuatu yang memberi pengajaran buat kami pada masa akan datang,” katanya