Bayaran elaun petugas pentaksiran, pemeriksa SPM 2021 mulai esok

Mohd Radzi Md Jidin
Mohd Radzi Md Jidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.

Mohd Radzi berkata, beliau menerima makluman bahawa pembayaran elaun itu belum diterima oleh guru yang terlibat.

"Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

"Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok,” katanya dalam hantaran di Facebook, pada Rabu. - Bernama