Remaja lelaki dicekup bersama 10,000 biji pil kuda

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dicekup bersama 10,000 biji pil kuda oleh anggota Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa dalam serbuan di Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang pada Selasa.
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dicekup bersama 10,000 biji pil kuda oleh anggota Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa dalam serbuan di Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dicekup bersama 10,000 biji pil kuda oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dalam serbuan di Kampung Gual Pasung Hantu di sini pada Selasa.

Remaja berkenaan dicekup pada jam 11.30 malam oleh anggota PGA yang membuat rondaan rutin di kawasan tersebut.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Deputi Superintendan Ramesh Krishnan berkata, semasa ditahan remaja berkenaan cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota namun gagal.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan PGA telah menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi pil kuda.

"Nilai keseluruhan rampasan pil kuda itu dianggarkan berjumlah RM100,050," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, suspek dan barangan rampasan itu kemudian diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ramesh berkata, kawalan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi Op Wawasan akan terus diperketatkan dalam usaha membendung kegiatan jenayah.