AIA bantu stabil kewangan rakyat Malaysia

Ng (kiri) bersama Pengarah Pemasaran Cadangan Pelanggan AIA Bhd, Grace Lee (kanan) ketika pelancaran ekosistem Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh pada 1 Jun lalu.
Ng (kiri) bersama Pengarah Pemasaran Cadangan Pelanggan AIA Bhd, Grace Lee (kanan) ketika pelancaran ekosistem Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh pada 1 Jun lalu.
A
A
A

AIA Malaysia (AIA) melancarkan ekosistem Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh pada 1 Jun lalu untuk membantu dan menyokong rakyat Malaysia menstabilkan kewangan mereka dan menjalani kehidupan yang mencabar.

Ekosistem Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh direka bagi menyokong rakyat Malaysia di setiap peringkat kehidupan, melalui teras Rancang Sebaiknya (Plan Well), Hidup Sebaiknya (Live Well) dan Lindungi Sebaiknya (Protect Well).

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Ben Ng berkata, ia bertujuan memperkasa mereka untuk menerapkan tabiat kewangan yang sihat dan melakukan pelaburan kewangan yang bijak bagi memenuhi matlamat simpanan jangka panjang.

Menurutnya, Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh telah direka bagi melengkapi proposisi penyelesaian kesihatan menyeluruh syarikat berkenaan yang telah dilancarkan pada April 2021.

“Tidak dinafikan pandemik ini telah banyak mengubah persepsi kita terhadap kesihatan dan kekayaan dan kami percaya kedua-dua perkara ini sama pentingnya demi kehidupan yang baik dan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, melalui Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh, AIA membantu pelanggan untuk Rancang Sebaiknya dengan alat dan penyelesaian perancangan kewangan yang direka khusus bagi membantu mereka mencapai masa depan yang lebih stabil.

“Disebabkan kesihatan adalah kekayaan, kami mahukan pelanggan kami Hidup Sebaiknya melalui program kesihatan unik kami iaitu AIA Vitality, yang mana mereka akan disokong dengan alat, pengetahuan dan motivasi yang betul untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

“Pelanggan boleh Lindungi Sebaiknya menerusi pelan simpanan komprehensif kami yang disepadukan dengan kepakaran perkhidmatan Pengurusan Pelaburan AIA,” katanya.

Dalam pada itu, Ng berkata, Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh mempunyai rangkaian produk insurans dan takaful yang meluas direka bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan termasuk tawaran pelan kekayaan terbaharu yang memberi tumpuan terhadap perancangan masa depan kanak-kanak.

“A-Life Wealth Treasure merupakan pelan insurans berkaitan pelaburan komprehensif yang memastikan golongan ibu bapa mempunyai simpanan jangka panjang yang diperlukan sebagai persediaan untuk masa depan anak-anak mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, pelan ini melindungi kanak-kanak daripada hilang upaya menyeluruh dan kekal serta kematian dengan perlindungan minimum sebanyak RM200,000 yang secara automatik akan meningkat dua kali ganda apabila kanak-kanak tersebut berumur 25 tahun.

“Pelan ini turut didatangkan dengan manfaat kematian akibat kemalangan untuk ibu bapa serta menawarkan ganjaran kepada ibu bapa apabila mereka membuat simpanan awal untuk anak mereka. Ia juga merupakan pelan fleksibel yang memberi pilihan kepada ibu bapa untuk mengeluarkan atau menambah amaun pelaburan berdasarkan keperluan mereka,” katanya.