Pukul isteri guna kerusi, suami dipenjara lima bulan

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pekerja pembekal makanan memukul kepala isterinya menggunakan kerusi mengundang padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

A Ramasamy, 48, dikenakan hukuman itu bermula tarikh tangkapan pada Sabtu lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 44 tahun dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah flat projek perumahan rakyat (PPR) di Kepong di sini pada jam 6 petang, 4 Jun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Semasa prosiding, tertuduh dalam rayuannya memohon agar dikenakan hukuman pemenjaraan pada kadar minimum kerana perlu menjaga keluarga termasuk empat anaknya yang berusia 23 hingga enam tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Johar mencadangkan mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Artikel Berkaitan: