MB Selangor lawat reruai Karangkraf di PBAKL

Amirudin (tengah) sempat melawat reruai Karangkraf di PBAKL pada Isnin.
Amirudin (tengah) sempat melawat reruai Karangkraf di PBAKL pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Memasuki hari keempat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sempat melawat dan meluangkan masa di reruai Karangkraf.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang berkongsi perkara itu di Facebooknya pada Isnin berkata, Amirudin meluangkan masa melawat dan meninjau buku-buku terbitan syarikat dibawah naungan Kumpulan Media Karangkraf termasuk produk-produk Al Quran #QuranHour.

Muhammad Nasir menambah, beliau juga sangat teruja dengan kualiti penghasilan bahan-bahan bacaan syarikat tersebut.

“Hari ke-4 PBAKL (Selasa), Karangkraf mnerima Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

“Beliau meluangkan masa melawat dan meninjau buku-buku terbitan syarikat dibawah naungan Kumpulan Media Karangkraf termasuk produk-produk Al Quran #QuranHour

“Beliau sangat teruja dengan mutu penghasilan bahan-bahan bacaan Karangkraf,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Nasir turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor atas keprihatinan meninjau dan melawat pameran buku PBAKL.

“Syabas Datuk MB Selangor,” ujarnya.

PBAKL tahun ini masih lagi mengekalkan lokasi yang sama seperti tahun 2019 iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pesta buku itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan menampilkan lebih daripada 100 pempamer membabitkan penerbit, pengedar dan kedai buku dari dalam dan luar negara.