Lebih 2 juta kenderaan penuhi lebuh raya

Lebuh raya utama di seluruh negara terus dipenuhi kenderaan sempena cuti sekolah.
Lebuh raya utama di seluruh negara terus dipenuhi kenderaan sempena cuti sekolah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.14 juta kenderaan memenuhi lebuh raya pada Ahad, di seluruh negara ketika musim cuti sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, mengikut statistik yang direkodkan, 1.85 juta kenderaan memenuhi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan 192,112 kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Menurutnya, bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan LPT2 masing-masing merekodkan jumlah kenderaan sebanyak 72,594 dan 31,001 buah.

"Setakat hari ini (Isnin) sehingga jam 2 petang, pergerakan kenderaan di lebuh raya seluruh negara dilaporkan perlahan dan cuaca dalam keadaan baik.

Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.
Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.

"Hanya berlaku kesesakan di kedua-dua arah laluan di Tambak Johor dan arah timur Plaza Tol Penawar, Johor," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah Bakri, kesan kemalangan di Kilometer 42.8 selepas Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi juga dilaporkan kesesakan dengan jangkaan kelewatan satu jam 11 minit perjalanan ke lokasi.

Katanya, masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.