Wales sambar slot Qatar 2022

Wales mengesahkan slot ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Ukraine dalam playoff kelayakan Piala Dunia Zon Eropah di Stadium Cardiff City.
Wales mengesahkan slot ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Ukraine dalam playoff kelayakan Piala Dunia Zon Eropah di Stadium Cardiff City.
A
A
A

WALES mengakhiri kemarau 64 tahun untuk beraksi di temasya bola sepak dunia apabila menewaskan Ukraine 1-0 dalam playoff kelayakan Piala Dunia Zon Eropah di Stadium Cardiff City untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Gol sendiri pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko yang terbias hasil sepakan percuma Gareth Bale pada minit ke-34, kembali mengamit memori penampilan kali terakhir negara itu di edisi Sweden 1958, diundi bersama England, Iran dan Amerika Syarikat dalam Kumpulan B pada Qatar 2022 yang bermula pada 21 November depan.

Pada masa sama kemaraan Wales juga dipacu kecemerlangan penjaga gol, Wayne Hennessey yang menampilkan aksi bertaraf dunia apabila menyelamatkan sembilan percubaan pemain Ukraine sepanjang tempoh 90 minit tersebut.

Hennessey sebelum itu dipilih pengurus sementara Rob Page untuk aksi penentuan kelayakan setelah mengambil alih posisi pilihan pertama Danny Ward yang mengalami kecederaan untuk kemenangan separuh akhir playoff menentang Austria.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini menghabiskan musim lalu di Burnley, namun di sebalik kekurangan aksi bersama pasukan utama, dia mempamerkan prestasi memenangi perlawanan bersama The Dragons.