Nadal ungguli Terbuka Perancis

Nadal bersama trofi kejuaraan Terbuka Perancis.
Nadal bersama trofi kejuaraan Terbuka Perancis.
A
A
A

BINTANG tenis nombor empat dunia, Rafael Nadal kembali membuktikan aura Raja Gelanggang Tanah Liat apabila mudah menewaskan pemain nombor enam dunia Casper Ruud 6-3, 6-3, 6-0 untuk menjulang trofi Terbuka Perancis buat kali ke-14 dalam perlawanan akhir di Roland Garros.

Kemenangan luar biasa pemain sensasi Sepanyol yang berusia 36 tahun itu ke atas bintang muda berusia 23 tahun dari Norway tersebut juga menyaksikan Nadal melebarkan lagi koleksi gelaran Grand Slam ke-22.

Untuk rekod Ruud menjadi mangsa terbaharu dalam barisan pencabar yang gagal menewaskan Nadal dalam perlawanan akhir di Paris sejak pemain Sepanyol itu memenangi gelaran sulungnya di gelanggang tanah liat merah pada 2005.

Bagaimanapun bumi Perancis yang menyaksikan penguasaan 100 peratus Nadal terus kali ini turut juga mencetuskan persoalan penampilan semulanya selepas bergelut 12 bulan untuk kembali pulih kecederaan yang membelenggunya.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan, namun saya akan terus berjuang mencuba dan meneruskannya," kata Nadal di gelanggang Philipp Chatrier.