'Hanya kerana saya orang Islam'

Dr Shahid Shafi
Dr Shahid Shafi
A
A
A

AUSTIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ahli politik di Texas, Amerika Syarikat mendakwa terdapat gerakan yang cuba untuk menjatuhkannya hanya kerana beliau adalah orang Islam.

Timbalan Pengerusi Parti Republikan di Texas, Dr Shahid Shafi mendedahkan komplot itu menerusi The Washington Post.

Menurut pakar bedah trauma di Fort Worth, anggota parti mendakwa beliau cuba mempromosikan undang-undang Islam selain bergabung dengan kumpulan pengganas hingga mereka mewujudkan petisyen untuk mempertimbangkan semula pelantikannya.

"Ini bukan pertama kali lawan politik cuba menggunakan sentimen agama untuk mengalih perhatian pengundi. Ini tidak akan berakhir," katanya dengan nada kesal.

Pengerusi kawasan, Dorrie O'Brien bersama penyokongnya dilaporkan telah melancarkan gerakan rasmi untuk menyingkirkan Shafi.

Sementara itu, Pengerusi parti di daerah itu, Darl Easton menyelar tindakan tersebut.

"Satu-satunya alasan yang diberikan hanya kerana beliau seorang Islam. Ia sememangnya memalukan parti," ujarnya. - Press TV

Artikel Berkaitan: