Pas berpendirian PRU15 perlu diadakan selepas tamat penggal

Idris ( kanan) hadir Kejohanan Memamah Sukan Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-3 di Arena Emas Skudai, pada Ahad.
Idris ( kanan) hadir Kejohanan Memamah Sukan Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-3 di Arena Emas Skudai, pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BHARU- Pas berpendirian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan selepas tamat penggal Parlimen Ke-14 yang berakhir Jun tahun depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata pendirian parti berhubung perkara iti kekal sehingga terdapat sebarang keputusan terbaharu oleh pucuk pimpinan.

"Di peringkat negeri perkara itu merupakan kuasa menteri besar untuk menghadap Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Manakala diperingkat persekutuan itu di bawah Perdana Menteri sebagaimana di dalam perlembagaan, perlu mohon perkenaan sebelum pembuburan.

"Pas mengambil pendirian, akan tunggu sehingga habis penggal kecuali ada keputusan terbaharu. Saya juga tidak mencampuri urusan parti lain dalam hal ini" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis Kejohanan Memamah Sukan Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-3 di Arena Emas Skudai di sini pada Ahad.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum itu dilaporkan berkata, PRU15 sudah mencapai tempoh matang sejak PRU14 iaitu empat tahun sudah berlalu dan kini memasuki tahun terakhir iaitu tahun kelima sebelum Parlimen dibubarkan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu berucap pada Konvensyen BN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 1 Jun lalu, memberi jaminan tidak akan melewatkan walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen sekali gus mengadakan PRU15.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi sebelum ini menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun setelah pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15.