Pemandu maut, 8 cedera selepas kereta api laju tergelincir di China

Anggota bomba memecahkan bahagian hadapan gerabak kereta api dan menyelamatkan mereka yang cedera dan terperangkap dalam kejadian kereta api laju tergelincir di Guizhou, China. Foto: CNN
Anggota bomba memecahkan bahagian hadapan gerabak kereta api dan menyelamatkan mereka yang cedera dan terperangkap dalam kejadian kereta api laju tergelincir di Guizhou, China. Foto: CNN
A
A
A

BEIJING - Seorang pemandu maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan pada jam 10.30 pagi Sabtu di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China, menurut China State Railway Group Co, Ltd.

Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur ketika kereta api itu menghampiri stesen Rongjiang, menurut syarikat itu.

Mangsa yang cedera termasuk seorang atendan kereta api dan tujuh penumpang, lapor Xinhua.

Mangsa telah menerima rawatan di hospital berdekatan, manakala 136 penumpang lain telah dipindahkan.

Siasatan berhubung kemalangan sedang dijalankan. -Bernama