Cuti sekolah: Plaza Tol Gombak sesak

Keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak pada Sabtu.
Keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - Trafik menghala ke Plaza Tol Gombak sesak sejak petang Jumaat susulan warga kota memanfaatkan cuti panjang hujung minggu dan cuti persekolahan untuk bercuti dan pulang ke kampung.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kesesakan dianggarkan sejauh dua kilometer (km) dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke plaza tol terbabit.

Setakat jam 12.30 tengah hari, pertambahan trafik menyebabkan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) sejauh 2.1km dari Gombak ke Genting Sempah manakala Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) lancar bagi kedua-dua arah.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, trafik dijangka meningkat antara 15 hingga 25 peratus berbanding hari biasa pada musim cuti persekolahan ini.