Tiga maut, kereta api tergelincir di Jerman

Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman. - Foto msn.com
Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman. - Foto msn.com
A
A
A

BERLIN - Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Punca kejadian masih disiasat. - Bernama