Kejuaraan AFF B-19, 26 pemain dipanggil

Senarai 26 pemain yang dipanggil ke latihan pusat skuad B19 negara. - Foto FAM
Senarai 26 pemain yang dipanggil ke latihan pusat skuad B19 negara. - Foto FAM
A
A
A

SERAMAI 26 pemain dipanggil bagi mengikuti Kem Latihan Pusat Skuad B19 Kebangsaan mulai 4 hingga 12 Jun ini.

Kesemua pemain berkenaan dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras bagi mengikuti latihan sebagai persiapan menjelang Kejuaraan B19 AFF 2022 di Indonesia yang dijadualkan berlangsung mulai 2 hingga 15 Julai depan.

Kesemua pemain berkenaan akan melapor diri di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 4 Jun sebelum berlepas ke Johor Bahru pada 5 Jun bagi mengikuti kem latihan pusat berkenaan.

Difahamkan, beberapa perlawanan persahabatan telah diatur sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada 12 Jun bagi menamatkan kem latihan berkenaan.

Untuk rekod, skuad B19 negara juga bakal menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia B-20 2023 bagi Kumpulan E di Ulaanbaatar, Mongolia pada September dengan Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Mongolia dan Sri Lanka.