[VIDEO] Suspek rogol remaja tiada kaitan dengan pemain Kelantan FC

Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai penahanan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di Kota Bharu pada Ahad lalu.
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai penahanan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di Kota Bharu pada Ahad lalu.
A
A
A

KELAB Liga Premier, Kelantan FC mengesahkan bahawa tiada pemain pasukan itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, pada Ahad.

Pengurus Operasi TRW Kelantan FC, Qusmaini Noor Rosli berkata, perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu tersebut.

“Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan suspek seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis.

Qusmaini berkata, Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut.

“Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan,” katanya