Pemandu Ferrari rempuh deretan kenderaan larikan diri

Pemandu Ferrari larikan diri selepas nahas.
Pemandu Ferrari larikan diri selepas nahas.
A
A
A

BIRMINGHAM - Sebuah kereta mewah Ferrari merempuh satu deretan kenderaan selepas pemandunya gagal mengawalnya di tempat parkir dekat Birmingham, West Midlands pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut berjaya melarikan diri dari tempat kejadian. Kereta Ferrari SF90 itu hilang kawalan di sebatang jalan di kawasan kediaman dan merempuh beberapa kenderaan lain.

Namun, pemandu kereta itu tidak cedera parah dalam kejadian itu.

Nahas itu dirakamkan menerusi video, sekurang-kurangnya dari dua sudut yang berbeza di tempat kejadian.

Kereta itu yang dianggarkan berharga 500.000 pound (RM2.74 juta) kini dirampas polis dan pemandu tersebut sedang diburu pihak berkuasa itu. - Agensi