Hadkan masa bersama kawan yang kuat makan

Di sekeliling kita sentiasa penuh dengan makanan, jadi sukar untuk kita mengawal tabiat makan. - Gambar hiasan 123RF.
Di sekeliling kita sentiasa penuh dengan makanan, jadi sukar untuk kita mengawal tabiat makan. - Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

MERAK Jalanan menghadapi cabaran besar selama sebulan ini kerana selera makan makin bertambah.

Semuanya bermula pada 1 Syawal yang lalu apabila nafsu makan makin menjadi-jadi disebabkan tidak dapat mengelak daripada merasai semua jenis juadah.

Daripada lemang, ketupat palas, nasi himpit, bihun sup, laksa, nasi tomato, sate, sup tulang, ayam percik dan macam-macam lagi hidangan, semuanya akan dijamah.

Pernah suatu hari Merak Jalanan makan nasi empat kali sehari bermula sarapan pagi dengan nasi lemak, makan tengah hari nasi bersama ikan bakar dan ulam-ulaman.

Petangnya menjamah nasi beriani dan kira-kira jam 10 malam pula menikmati nasi bersama sup tulang. Ditambah pula dengan jadual rumah terbuka yang kadang-kadang sehingga tiga rumah perlu dilawati, tidak dapat tidak setiap rumah yang dikunjungi pasti ada makanan yang menyelerakan.

Kadang-kadang menyesal juga kerana makan secara berlebihan tetapi apakan daya, kuasa tarikan makanan itu membuatkan Merak Jalanan melupakan hasrat untuk berdiet.

Memang ada yang berkata, kita boleh kawal sendiri nafsu makan tetapi kadangkala faktor sekeliling memainkan peranan besar. Misalnya, di sekeliling kita sentiasa penuh dengan makanan, jadi sukar untuk kita mengawal tabiat makan yang akhirnya akan menyebabkan kita sentiasa mahu makan.

Kawan Merak Jalanan ada bagi petua untuk mengurangkan makan, antaranya mengehadkan masa bersama kawan-kawan yang kuat makan kerana ia mendorong diri kita untuk terjebak sama dengan aktiviti mereka.

Katanya, pilihlah rakan yang sering berpuasa sunat kerana ia secara tidak langsung mempengaruhi kita untuk sama-sama mengawal nafsu makan.