Terbuka Perancis: Nadal lepasi halangan Djokovic

A
A
A

PEMAIN nombor lima dunia dari Sepanyol, Rafael Nadal mara ke separuh akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan pencabar utama Novak Djokovic dari Serbia, 6-2, 4-6, 6-2, 7-6(4).

Pemain berusia 35 tahun itu berstatus juara Roland Garros 13 kali yang ditewaskan pemain nombor satu dunia tersebut pada separuh akhir tahun lalu, tampil di Paris dengan dua kecederaan yang menjejaskan persiapannya.

Namun Nadal yang terselamat dalam aksi lima set menentang Felix Auger Aliassime sebelum itu, mengunakan pengalaman yang hanya tewas tiga kali di Terbuka Perancis sejak kempen pertamanya pada 2005 untuk menjinakkan Djokovic di Philippe Chatrier.

Kemenangan itu menyaksikan Nadal juga pilihan kelima kejuaraan tersebut berada di landasan tepat untuk melebarkan kejuaraan Grand Slam ke-22 selepas mengungguli Terbuka Australia.

Nadal dijadualkan menentang pemain pilihan ketiga kejuaraan dari Jerman Alexander Zverev yang sebelum itu menewaskan bintang muda Sepanyol berusia 19 tahun, Carlos Alcaraz, 6-4, 6-4, 4-6, 7-6 (9/7).